Aliran politik di Malaysia pada masa kini terumbang-ambing bak sampan di lautan. Kadang-kala naik, kadang-kala turun. Dengan isu yang tidak sudah-sudah habisnya, penduduk Malaysia sudah bosan dengan konflik yang berlaku di negara ini. Ada yang mencadangkan bahawa kita perlu mengibarkan bendera negara Malaysia secara terbalik/songsang. Walaupun ia barmaksud meminta tolong(anonymous source) Tetapi ianya adalah satu perbuatan yang cukup menghinakan rakyat Malaysia. Malah ada yang sanggup membakar bendera Malaysia sendiri sebagai tanda tidak berpuas hati dengan sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Teruk benar pemikiran sesetengah pihak. Memalukan negara sedemikan rupa.
Ramai ahli kerajaan yang keluar(dikatakan belot) terhadap parti mereka sendiri atas sebab-sebab yang dirasakan mereka betul. Jangan sampai handak memburu kancil, arnab di tangan dilepaskan. Kalau bernasib baik, dapat makan daging kancil. Kalau tidak, apa pun tiada.
Peralihan kuasa bagi negara Malaysia dijangkakan berlaku pada bulan MAC tahun 2009. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan tampuk pimpinan kerajaan kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ramai yang menyokong hanya segelintir yang menentang. Tidak tahu la mengapa. Mungkin kerana mereka semua tidak selesa dengan cara pemerintahan beliau. Maka ada yang mencadangkan beliau tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan menyarankan beliau untuk meletakkan jawatan yang sedang disandangnya. Maka akan adalah isu/masalah baru yang akan timbul dari peralihan kuasa ini. Wakil dari PAS ada menyarankan/mencabar kerajaan digubal semula pada masa peralihan kuasa itu diadakan. Jika itu berlaku, akan ada satu lagi pilihanraya umum yang menyusahkan segelintir pihak. Mungkin sekali Parti PAS yakin mereka akan menguasai tampuk pemerintahan negara jika itu berlaku ataupun Pakatan Rakyat yang mereka anggotai akan menang. Yang pastinya, banyak duit yang terpaksa dibelanjakan pada pilihanraya tersebut. Masa rakyat akan terbuang semata-mata hendak keluar mengundi.
Pada masa kini, terdapat suatu kuasa besar yang akan menggoncangkan politik di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim. Impiannya untuk menjadi pemerintah Kerajaan Malaysia kian hampir kerana ramai penduduk negara Malaysia yang menyokong beliau walaupun terdapat isu-isu yang tidak menyenangkan terhadap beliau. Dahulunya, beliau sudah hampir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-5. Tetapi oleh sebab beberapa isu yang ditimbulkan oleh beliau dan ketidaksenangan beberapa pihak, beliau dipenjarakan di dalam tahanan ISA selama beberapa ketika.
Kini, apa yang tinggal hanyalah duduk di tepi sebagai pemerhati apa yang akan berlaku nanti. Sambil memikirkan apa yang akan terjadi pada masa yang terdekat ini, rakyat yang sudah bosan dengan keadaan politik di Malaysia terpaksa duduk dan lihat macam mana aliran politik akan dilaksanakan selepas MAC 2009. Samada akan menjadi semakin baik untuk rakyat ataupun semakin terumbang ambing bak memegang pelampung di tengah lautan.

0 comments:
Post a Comment