Pada sabtu yang lepas 13 Disember aku memulakan perjalanan ke kuala lumpur seorang diri. Dengan berbekalkan duit yang entah beberapa ringgit(keluar dari bank jumaat the 12), beg galas ala beg letak laptop, aku bersiap sedia memulakan aktiviti hari sabtu the 13 yang dah lama aku nak buat. Stat pukul 0830, aku naik bas transnasional dari kuala lipis ke kuala lumpur yang mengambil masa dekat 3 jam tu.
Sesampai kat kl, aku terus naik STAR kat 'stesen Titiwangsa' terus ke 'stesen masjid jamek' dan kemudian terus ke 'stesen KLCC' dengan menaiki PUTRA. Aku memang cadang nak pergi ke sana first sebab aku nak pergi ke KINOKUNIYA sebab ada buku yang aku nak beli kat sana. Buku yang berharga RM98.36 tolak 20%, berwarna pink, setebal 208 muka surat kertas jenis tebal nyer, tambah lak hard cover.
Lepas dapat buku yang aku cari, aku teruskan perjalanan ke 'stesen Imbi' sebab aku nak pergi LOWYAT. Dari 'stesen KLCC', aku naik putra ke 'stesen Dang Wangi' kemudiannya terus berjalan ke 'stesen Bukit Nanas'. Disana aku naik lak monorel ke 'stesen Imbi'. Aku pun terus la perjalanan aku dengan jalan kaki ke LOWYAT. Takde tujuan sebenarnya aku ke sana. Cuma nak tengok kedai uncle yang mail katakan dah takde. Cari punya cari seluruh LOWYAT tu aku akhirnya jumpa gak kedai uncle jual mainan kat tingkat 1. Letih gak la aku cari. Naik tingkat turun tingkat. Map yang kat tepi eis-ke-lay-ter tu macam hampas takde betulnya. Menyusahkan betul.
Pas tu aku terus jalan keluar untuk pergi ke SG WANG PLAZA. Cadangnya nak pergi ke satu lagi kedai mainan kat sana(tak ingat nama dan tempat) jadi aku pun merayau-rayau cari kedai tersebut tapi masih tak jumpa. Kat lower ground lak ada macam persembahan nyanyian yang dianjurkan oleh 988fm. macam best kalau la aku paham apa yang diaorang tengah cakap. Babak yang aku rasa betullah ialah lepas sorang perempuan cina ni nyanyi duet ngan sapa ntah lelaki yang sorang ni kendian yang lelaki tu kiss si peremnpuan tadi. Tak tau la samada jeles atau sorak untuk perempuan yang kena kiss ni, banyak perempuan cina kat sana menjerit. Kalau tak silap aku agak nama yang lelaki tu JJ. Tu jer yang aku paham sebab tertulis besar2 kat poster dier.
Kendian aku terus naik MONOREL dari 'stesen Bukit Bintang' ke 'stesen hang tuah' kendian naik STAR ke 'stesen bandaraya'. Aku lepak kat SOGO sampaila pukul 6 lebih kendian aku terus ke 'stesen titiwangsa'. Dalam pukul 1900 lak aku naik bas transnasional dari kuala lumpur ke kuala lipis.
-gambar yang aku ambik kat SOGO

air terjun yang menarik

ikan1

ikan2
rumusan:
A)barang aku beli-
1) buku RM98.36 tolak 20%, berwarna pink, 208 muka surat hard cover
2) Komik beberapa buah
3) vcd anime yang aku tak sempat nak tengok
B)aku lep kat sogo tingkat 8 tengok orang lain main game.
C)Cadangnya nak pergi dengan mail.Tapi dia takda duit lak lepas beli komputer.
0 comments:
Post a Comment