Monday, March 9, 2009

March 7th 2009

Perjalanan ke Kuala Lumpur bermula dengan aku membeli tiket bersama-sama ngan mael di stesen bas di Bandar Baru Lipis selepas pemindahan dari stesen lama di Bandar Lipis. 

Pada hari sebelumnya(jumaat) dekat pukul 5 gitu, aku dapat panggilan dari Mael yang mengatakan tiket untuk ke bentong cuma tinggal satu jer. Maka dengan cepatnya aku pun mengemas diri untuk pulang dari kerja terus ke stesen bas tersebut. Mael tengah menunggu aku kat sana. Lepas berbincang seketika dengan Mael, aku pun beli la tiket untuk diri sendiri straight ke KL tanpa mempedulikan destinasi cadangan asal yang nak roundevu kat bentong dahulu pas tu ajak pedal pergi skali.

Sesampai kat KL, aku terus berjaLan-jalan tanpa tujuan sebab Mael, Pedal dan juga Amir tak sampai lagi sebab berehat sebentar kat perhentian Genting Sempah. Selama 30 minit gak aku berjalan-jalan kat sogo. Jalan-jalan kat sana tengok barang yang aku mungkin berminat nak beli tapi tak jumpa. Pas tu aku terus gi ke LG untuk bersarapan sket. Aku pun try la hotdog kat kedai apa nama ntah aku dah lupa. Entah macam mana aku nak cakap. Pada aku yang tak biasa makan makanan barat macam tu(Nama pun orang putih), memang agak masin.

Pas siap makan kat sana, aku mendapat info suruh pi ke Bukit Bintang. Jadi aku pun pi la ke Bukit Bintang. Banyak gak la buku aku beli kat sana. Berat rasa tangan aku bawak buku tersebut, aku pun belila satu beg galas. Masa ni diaorang takda lagi. Masih membuat urusan kat kedai muzik yang mael hantar "whammy"nya kat. Maka aku pun berjalan2 kat Sungai Wang Plaza sampai aku menerima pulak panggilan yang diaorang sampai kat front gate.

All of us pi ke Low Yatt. Mael ngan urusan RAMnya, manakala aku lak yang pada mulanya taknak beli apa2 yang berkenaan ngan alatan komputer membeli keyboard sebab aku punya yang lama dah agak rosak. Lepas aku siap beli keyboard, aku berpisah sebentar ngan Mael dan kekawan yang lain untuk pergi ke kedai Uncle jual mainan kat Low Yatt tu. Lepas aku nengok-nengok kat kedai Uncle tu, aku pun main la salah satu slot mesin yang terdapat di kedai tersebut. Lepas membeli token sebanyak RM12(3 token) aku pun dapat la patung... 
10cm jer tinggi nya.

Kemudian kitaorang jalan-jalan lak ke Times Square. Pedal terpaksa balik ke Bentong dahulu meninggalkan Mael dan Amir kat KL. lepas cuba mencari novel yang Amir nak beli tapi tak jumpa, maka kitaorang pun berjalan-jalan sebentar di Time Square. Aku terpaksa berpisah ngan Mael dan Amir sebab diaorang berdua takda tiket balik ke Lipis. Cadangan asal mereka berdua nak balik ke Bentong skali ngan Pedal pas tu naik bas ke Raub / Lipis.

Aku berjalan sorang-sorang lagi kat sana dengan tujuan mencari "Mana Mc'D ni?". Aku kendiannya pi la ke Mc'D dan oder cheeseburger, sandae dan air sprite. Masa makan kat sana, aku nampak ada roller coster yang agak menakutkan kat sebelah Mc'D tu. Macam taman tema gitu la. Bebudak yang naik roller coster tu menjerit sebab laju dan jugak kena buat 360. Nasib baik aku tak naik. Kalau tak aku mungkin muntah sebab perut penuh.

Las skali sebelum aku berangkat ke Titiwangsa, aku berjalan-jalan sebentar di tingkat atasnya. Banyak betul mainan kat kedai yang satu ni. Pas tu aku pun pi la ke stesen Imbi untuk naik monorel ke titiwangsa. Aku terlepas yang 6.30 punya. Takpa la, aku pikir dalam hati. Boleh naik yang lepas tu punya. Kendian aku naik geram sebab monorel yang dari arah bertentangannya datang macam setiap 1 minit gitu. Dah la tu, bas yang aku patut naik tu pulak pukul 7pm. Tunggu punya tunggu dan entah berapa kali ntah monorel yang ke arah bertentangan tu lintas depan mata, pukul 7.45 datang la satu monorel ke stesen tersebut. Aku terus naik ke dalam monorel tersebut dan terus ke Titiwangsa. Bila sampai kat sana, aku terus ke stesen. Kelihatan bes memang nak gerak sangat dah. Aku menahan bas tersebut lalu naik bas tersebut menuju ke Lipis. Aku cuba call Mael nak tau situasi dia macam mana. Dengarnya dia dapat beli tiket pukul 8. Lega gak. Kalu tak dia terpaksa tinggal kat KL tu sampai esok paginya.

Pengajaran untuk aku:-
1) Kalu naik bas pukul 7, mesti naik awal sket monorel/lrt macam sebelum pukul 6.30 gitu.
2) Kalu nak jalan2 kat kl, kena cas dulu hp penuh-penuh sebab takut bateri habih. Tak dapat nak call sesapa dah pas tu.

0 comments: