Monday, November 16, 2009

leon el netro

happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Kumprinx(KMX), happy birthday to you.
Dah 26 tahun dah ko ni rupanya.
Anyway, Good Luck To You In The Future.
May God Ease Your Future Task In Life.


Hari ni biar aku bercakap tentang buku yang aku beli beberapa minggu yang lepas semasa aku pergi kursus kat Kuala Lumpur.
Tajuk Buku tersebut "The Courageous Princess" dari "Rod Espinosa" dan dipublish oleh "Antarctic Press".
Sekali pandang muka depan memang ada ramai orang yang tak berminat dengan buku ni.
Dengan ada gambar sorang budak perempuan menunggang seekor Babi Hutan (Boar) sebagai muka depan, ramai yang berfikiran agak fanatik tentang hal agama memang tak berminat nak pegang pun buku ni.
"But Don't Judge A Book By Its Cover" kata orang putih.
Seperti rakan sebilik aku anggap masa aku tunjuk muka depan buku ni.
Kelihatan seperti dia meluat/benci melihat aku membaca buku tersebut semasa di bilik.
Tapi kita tak patut terus menerus menilai sesuatu benda hanya dengan melihat mukanya sahaja.
kita harus cuba memahami dahulu sesuatu perkara/benda sebelum menilainya.
Berbalik semula kepada buku tersebut.
Ianya lebih kepada cerita 'adventure', 'fairytale', 'comic book'.
Berkisahkan seorang puteri satu negara yang bernama New Tinsley yang bernama Mabelrose yang telah diculik oleh seekor naga jahat dan cuba melarikan diri dari naga tersebut.
Memang bagus jalan ceritanya.
I give it a 9/10.
Tapi sayangnya aku tak jumpa lagi 2 buah buku.
Tajuk yang sama.
Senang cakap buku bab 2 dan bab 3.
Tak dapat aku nak carikat malaysia buku tersebut.
Nampaknya buku tu memang rare.
Mungkin aku tak kan kesampaian nak baca lagi 2 buku tersebut.

Apa yang buat selalunya tak menentu sebab aku selalu ikut perasaan.
kalu aku pikir nak buat sesuatu, aku akan terus buat sebab aku selalu ikut hati jer nak buat apa.
tu la pasal tetiba jer aku nak pi memana, buat apa-apa.