Tuesday, January 5, 2010

INGATLAH WAHAI MANUSIA!!!!

Sebab haram nikah

Dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”

Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) ialah:
-Ibu
-Nenek sebelah ibu mahupun bapa
-Anak perempuan & keturunannya
-Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
-Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
-Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
-Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:
-Ibu susuan
-Nenek dari sebelah ibu susuan
-Adik-beradik perempuan susuan
-Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
-Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan

Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:
-Ibu mentua dan ke atas
-Ibu tiri
-Nenek tiri
-Menantu perempuan
-Anak tiri perempuan dan keturunannya
-Adik ipar perempuan dan keturunannya
-Emak saudara kepada isteri
-Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

Rukun nikah
-Pengantin lelaki
-Pengantin perempuan
-Wali
-Dua orang saksi
-Ijab dan kabul (akad nikah)

Diambil dari....

2 comments:

Kumprinx said...

wtf

deetree said...

sesangatlah true...
Tak caya?
go to link....