Tuesday, September 7, 2010

Hari Raya 2010

Setelah sebulan kita umat islam berpuasa, menahan lapar dan dahaga, menjauhi nafsu serakah dan sebagainya, maka telah tiba masa kemenangan untuk kita seluruh umat islam di dunia ini.

Hari Raya Aidilfitri. Dijangka akan jatuh pada hari Jumaat (seperti di dalam kalendar) ataupun hari Khamis(pada segelintir masyarakat di Malaysia). Pada malam ini akan berkumandang pengumuman yang akan menentukan bilanya hari raya akan jatuh.

Marilah kita bermaaf-maafan sesama kita. Janganlah kita ada dendam dan bermusuh dengan sesiapa juga di dunia ini. Jangan kita lupa pada yang miskin atau yang kaya. Kalau ada kesempatan, pergilah ziarah ke rumah mereka.

Bila balik raya nanti, berhati-hati di lebuh raya, jalan raya hatta jalan kampung sekalipun sebab malang datang tak diundang. Bila naik bas ekspress pula minta pemandu tu jangan bawak macam ular. Minta dia bawa bas dengan berhati-hati. Kalau dia taknak dengar juga, acu pistol kat kepala dia ugut bunuh. Kalau mati pun dia sorang jer yang mati.

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin terutama sekali buat 'A.I.' di bahagian selatan tanah air, 'D.I.A. is an angel until...' di semenanjung, semua rakan taulan aku yang aku kenal atau aku dah lupa nama diaorang sebab dah lama tak jumpa, yang kenal kat aku,

p.s: Raya tahun ni aku buat simple jer. Baju raya pun baju yang dulu-dulu tapi masih elok dan boleh dipakai. Tak terasa aku di hati nak beli dan pakai baju baru sedangkan baju yang ada elok lagi.

0 comments: