1) ANOTHER
Anime genre seram, misteri, sekolah dan drama terbaru. Another mula ditayangkan pada 10 hb. Januari 2012 (menurut wikipedia). Sebanyak 12 episod akan ditayangkan setiap hari Isnin 10:00 AM (Pacific Standard Timezone). Kelas yang penuh misteri sejak 26 tahun yang lalu dan misteri tersebut masih belum terungkai.Rating: 5 bintang aku bagi kat Anime ni. Bukan apa, memang Anime ni best sampai aku nak tengok episod seterusnya dan apa terjadi kat semua orang yang ada dalam kelas tersebut.
2) KILL ME BABY. BABY, PLEASE KILL ME.

Pembunuh Upahan di sekolah? Walaupun ada pembunuh upahan di sekolah, tapi ini bukan anime yang seram atau berlaku pembunuhan. Tahap keganasan yang terdapat dalam Anime ini amat kurang walaupun terdapat beberapa babak yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak yang belum pandai menilai baik buruk sesuatu perbuatan itu. Kill Me Baby ini akan membuatkan orang ketawa jika mereka faham akan lawak yang dilakukan. Cuma nak bagitau awal-awal. OP untuk Anime ni boleh dikatakan cuma merapu tak tentu pasal. Tapi lepas ulang-ulang dengar, menarik la pulak. Terasa nak nyanyi jer lagu ni ulang-ulang kali.
Rating: 4 bintang aku bagi kat Anime ni. Tolak 1 bintang sebab masa mula-mula aku dengar OP untuk Anime ni aku cakap "WTH?".
3) BLACK ★ ROCK SHOOTER
Sebanyak 8 episod akan ditayangkan setiap hari Khamis 10:00 AM (Pacific Standard Timezone). Tidak seperti OVA yang terdahulu yang memeningkan kepala, Anime ini boleh dikatakan lebih mudah difahami. Dunia sebenar terikat dengan dunia yang satu lagi dengan penuh harmoni. Mungkin kebanyakan orang yang menonton Anime ini akan mudah merasa bosan dengan dunia sebenar yang ditayangkan dalam Anime ini dan hanya berminat dengan dunia yang satu lagi yang penuh aksi.Rating: 3 bintang aku bagi kat Anime ni. Anime yang aku boleh tahan nak tengok episod yang seterusnya.
0 comments:
Post a Comment